KUALA LUMPUR: Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) dijangka meningkat lapan hingga 20 peratus pada 2023 berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.
"Duti eksais tersebut ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung 2022, dan akan dijalankan semula bermula tahun hadapan.
"Kita (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk kembali kepada polisi yang lama di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MAA di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata OMV merupakan nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.
Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Dis, 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Aishah berkata bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD. - Gambar fail
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Jualan kenderaan melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari 2024
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari tahun ini berbanding 50,168 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.
Jualan kereta susut 4% kepada 71,908 unit pada November 2023
MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.
MAA cadang insentif di bawah Belanjawan 2024 merangkumi semua jenis xEV
MAA mencadangkan insentif di bawah Belanjawan 2024 diberikan kepada semua jenis kenderaan elektrifikasi berbanding hanya EV.
Jualan kenderaan meningkat 13 peratus kepada 71,745 unit pada Ogos - MAA
MAA menjelaskan, pertumbuhan kukuh itu menandakan jualan bulanan kedua tertinggi bagi 2023 selepas TIV Mac yang merekodkan 78,849 unit.
MAA tegur tindakan pelakon terkenal letak ular atas sangkar kucing
MAA menegur tindakan seorang pelakon bergelar Datuk yang memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram milik selebriti itu.
JPV terima aduan kes rasmi penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras
JPV telah menerima aduan rasmi pada 24 Mac lepas berhubung kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras 11 Mac lepas.
Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.
Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, dilaporkan meninggal dunia di Jeddah pada 2 Februari.